Thursday, July 22, 2010
kompang 3
selain dari bermain cempuling, para pemain cempuling ini juga berkemahiran untuk bermain kompang, namun bukan nya kompang yg biasa kita dengar. kompang yang biasa kita dengar adalah kompang ribu, kompang 3 ini juga slah satu dari warisan etnik jawa yg hampir pupus ditelan zaman. di bawah ade lah video untuk sesi latihan kompang 3.
kompang ini dinyanyikan bersama dgn bacaan berzanzi, setiap peringkat bacaan berzanzi akan diiringi dgn paluan yg berbeza, menjadikan ianya sangat unik.
Wednesday, July 21, 2010
Saturday, June 19, 2010
Kerjasama antara Seni irama Cempuling Tanjung Karang dengan Homestay kampung sungai sireh
Kumpulan seni irama cempuling ini juga mengadakan kerjasama dengan pihak homestay sungai sireh dengan mengadakan persembahan untuk para pelancong yang menginap di homestay tersebut. secara tidak langsung ia dapat memperkenalkan seni irama cempuling ini dimata dunia dan memartabatkan warisan kaum jawa. rata2 pelancong amat tertarik dengan permainan ini malah ada yang menari mengikut rentak alunan irama tabuhan gendang tersebut.
Persembahan di Rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM
Pencapaian tertinggi kumpulan cempuling ini adalah apabila di jemput untuk mengadakan persembahan di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM bertempat di angkasapuri. apa yang membanggakan di sini ialah persembahan itu di lakukan secara langsung (LIVE) bukan nya rakaman.
ucapan terima kasih kepada Dato' Samsudin b. Hj Lias Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan sg burung kerana memberi galakan untuk kumpulan Cempuling ini maju kehadapan.
Persembahan di luar studio
Persembahan Di dalam Studio
Bergambar kenangan di luar angkasapuri
Bergambar kenangan bersama penerbit Rancangan Selamat Pagi Malaysia
Monday, May 17, 2010
pemain kumpulan seni irama cempuling tanjung karang.
Salam Pengenalan..
assalamualaikum. hari ini terciptalah satu blog berknaan seni irama cempuling. blog ini adalah salah satu medium untuk memperkenalkan seni irama cempuling. serta memperkenalkan irama cempuling di mata umum..
Subscribe to:
Posts (Atom)